Perjalanan Kehidupan
Disetiap perjalanan tidak akan ada yang mudah, biarpun datang dari orang lain mahupun dari diri sendiri, cuma yang pasti gerak kaki pasti akan melangkah jika didada pilih untuk percaya. Percaya akan diri bahawa semua yang dihadapi pasti satu keberuntungan kerana apa yang ada didepan bukan akhir tujuan tapi perjalanan yang ditemani pahit manis kehidupan yang perlu dihargai setiap momennya. Biar sakit ditikam pelbagai manusia tapi jangan sesekali menikam diri sendiri. Pilihlah dirimu disaat semua orang berpaling pergi. Tangisi sakitmu kerana itu kekuatan dari diri mu. Ketawa sepenuh jiwa kerana bukan selalu hati itu penuh rasa suka. Bersyukur dalam apa jua rasa kerana itu petanda dirimu masih hebat dalam setiap pelusuk kehidupanmu.
Comments
Post a Comment